hostgator coupon

Monday


Tips Pilih Baju Pengantin




Seelok-eloknya pergi ke butik pengantin yang mempunyai banyak pilihan baju. Tapi kadang-kadang butik-butik yang kecil pun ada baju yang sesuai dengan kehendak dan citarasa bakal pengantin.

Bila ke butik pengantin, anda haruslah mencuba baju yang berkenan di hati anda itu dulu. Anda tidak akan tahu samada baju itu sesuai atau pun tidak tanpa mengenakan baju pada badan anda. 

Jangan hanya mengharap pihak orang tua anda atau bakal suami/isteri anda yang memilih semata-mata. Mungkin warna baju yang dikehendaki tidak sesuai dengan tona kulit bakal pengantin perempuan. Maklumlah pada hari kenduri kawan-kawan dan tetamu ingin lihat pada pengantin perempuan terlebih dahulu dari memandang ke pengantin lelaki.

 Saiz baju juga kena ambil kira. Sesetengah butik boleh buat "alteration" atau "fitting" untuk disesuaikan dengan bentuk badan pengantin perempuan tapi anda harus bertanya ubahsuai yang bagaimana selari dengan bentuk tubuh anda.

Bagi pengantin lelaki biarlah baju tidak nampak sendat ataupun singkat. Baju pengantin perempuan biarlah membangkitkan seri wajah anda dan kelihatan anggun. 

Design atau fesyen baju pengantin juga mempengaruhi faktor harga sewaan. Fesyen yang lama agak murah sikit untuk disewa berbanding fesyen baju yang baru. Terdapat bakal pengantin yang boleh mengenakan baju lama tetapi bukan lah lama sangat cuma fesyen dan gaya baju sudah bertahun di pasaran tetapi bakal pengantin itu kelihatan angggun dan cantik. Sebab itu kena mencuba baju ketika di butik. 

Bukan sahaja baju pengantin tetapi baju akad nikah juga harus anda cuba.

Anda harus cuba, cuba dan cuba. Jangan malu atau segan. Ini semua dibayar dengan duit anda juga. Bukankah begitu?

Oh ya! jangan lupa dapatkan harga pakej dari setiap kedai atau butik yang anda lawati. Tanyakan samada item pakej yang disediakan boleh ditukar atau tidak dengan yang lain. Misalnya set meja makan pengantin yang disediakan boleh ditukar dengan set bilik tidur.

Ada pihak catering yang sudah sediakan pakej meja makan pengantin. Begitu juga pakej dari butik pengantin yang juga menyediakan hiasan meja makan.Kan dah ada dua item yang sama...! Anda boleh guna budibicara anda supaya tiada item yang bertindih ketika menempah pakej.

- pilih baju yang sesuai dan selesa dengan anda

- selesa ketika duduk, berdiri dan berjalan

- minta pandangan dan nasihat pemilik butik/rakan-rakan/keluarga

- cari warna yang sesuai dengan tona kulit anda serta dapat serlahkan seri  
   wajah anda dan pasangan anda.

- tentukan dahulu corak, jenis dan warna baju pengantin perempuan dahulu 
  sebelum dipadankan baju pengantin lelaki. maksudnya baju pengantin lelaki
  dipilih bersandarkan warna tema baju pengantin perempuan.

- bandingkan pakej yang ditawarkan dari segi harga, item pakej dan       
   tawaran yang disediakan misalnya make-up sama ada di butik 
  atau di rumah, bunga tangan percuma atau tidak, pakej fotografi termasuk   
  sekali atau   tidak dan lain-lain seumpamanya.

- dapatkan mak andam yang boleh ke rumah anda agar mudah untuk anda     
  bersiap nanti, jika tiada perkhidmatan ini tidak mengapa, anda boleh bersiap    
  di butik 
  
- Disarankan anda tempah dari butik yang hampir dengan rumah. 
  ia menjimatkan wang dan masa anda berulang - alik 

Buatlah keputusan dengan sebaik-baiknya. Semuanya adalah ketentuan Illahi.
Kita berdoa agar dimudahkan segala urusan dan kerja harian kita.

Free Automatic Backlink
Free Auto Backlink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...