Salam Sejahtera buat pembaca blog ini. Selepas bulan Disember masih lagi banyak undangan majlis kenduri yang diterima. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi bakal-pengantin yang akan melangsungkan hari bahagia mereka. Nak buat bulan Disember mungkin tak ada ruang dan masa yang sesuai jadi kenduri buat je bulan Januari ini.
Bagaimana dengan anda? Semoga anda dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Pada post saya kali ini, saya ingin membuat sedikit review berkenaan salah-satu ebook yang memang ada kaitan rapat dengan perkahwinan. Bagi mereka yang tak lama lagi nak naik pelamin tu, saya percaya ianya akan memberi manfaat buat anda.
Ebook yang dimaksudkan ialah “Indahnya Malam Pertama Pengantin”
Ebook ini secara kasarnya ia memberi panduan langkah-demi-langkah khusus kepada bakal pengantin baru untuk menempuh malam pertama mereka dengan penuh nikmat dan puas. Siapa kata malam pertama tak perlu nak panduan-panduan macam ni.
Ianya sebenarnya perlu. Untuk mendapat malam pertama yang sempurna, anda memerlukan beberapa langkah dan teknik yang betul agar kedua-dua belah pihak (si suami dan si isteri) mampu mencapai tahap kepuasan seksual yang diidam-idamkan.
Selain itu, dengan panduan ini anda mampu mengelakkan masalah seperti kesakitan yang dialamai boleh bakal isteri anda akibat hubungan seks bersama buat pertama kalinya.
Terdapat 4 bahagian utama (kategori besar) yang terkandung dalam ebook ini seterusnya ia dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa sub-topik yang lain.
Bab yang pertama selepas pendahuluan di beri tajuk “Indahnya Malam Pertama – Malam 1001 Kelebihan & Kenikmatan”. Dalam bab pertama ini, penulis telah berkongsi apakah beberapa kelebihan dan hikmah di sebalik malam pertama bagi pengantin baru.
Bab kedua merupakan bab yang penting untuk anda ambil perhatian. Ia menceritakan mengenai “Halangan dan ‘Mimpi Ngeri’ Sebelum Mengecapi Puncak Nikmat Malam Pertama”. Anda akan didedahkan apakah 10 punca yang akan menyebabkan kegagalan malam pertama anda sebagai pengantin baru. Dengan mengetahui punca-punca ini, anda boleh mengelakkan diri seterusnaya mengatasinya kelak demi mencapai kepuasan yang sejati ketika malam pertama anda.
Bab yang ketiga ini adalah yang paling menarik. Ianya merupakan “Panduan Langkah-Demi-Langkah Menghadapi Malam Pertama Pengantin Anda”. Bab besar ini terbahagi kepada 3 sub-topik iaitu “Persediaan 3 bulan (90 hari) Sebelum Malam Pertama”, “Persediaan Sehari Sebelum Malam Pertama”, dan yang terkahir “Semasa Malam Pertama Pengantin”. Dengan pendedahan yang dilakukan oleh penulis melalui bab ini, anda akan lebih berkeyakinan tinggi dan tahu apakah beberapa perkara penting yang patut anda lakukan dan tidak patut lakukan ketika malam pertama pengantin anda nanti.
Bab terkakhir iaitu “Tips-tips Mengakhiri Malam Pertama Pengantin”. Dengan berpandukan 6 tips menarik dalam bab ini, anda mampu menutup ‘tirai’ malam pertama anda dengan penuh sempurna.
Usah berlengah lagi, untuk maklumat lebih lanjut anda boleh ke halaman berikut:
MalamPertamaPengantin.com
No comments :
Post a Comment