PEMAKANAN
SIHAT RASULULLAH
Antara
Gaya Pemakanan Sihat Rasulullah:
|
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut
mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar
iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan
yang masuk ke perut mesti dikawal. Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah
tempat bermula pelbagai penyakit’
·
Rasulullah Gemarkan Makanan Lembut
Baginda lebih mengutamakan makanan lembut,
terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis
daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan
sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya
‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti
kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”
Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab
menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di
sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak
membebankan perut serta fungsi pencernaan.
·
Makan Sayur Pada Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan
Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al
makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur
setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di
makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga
boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan
solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat
hati kalian menjadi keras (HR
Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
·
Tidak Pernah Makan Banyak
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai
kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di
bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
·
Tidak Makan Makanan Terlalu Panas
Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih
dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau
diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
Kita juga patut mengelak mengambil makanan
segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi
mengandungi perasa tiruan dan sintetik.
·
Postur Badan Yang Baik Ketika Makan
Rasulullah s.a.w duduk ketika makan, iaitu dalam
posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan
menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.
Postur badan penting dalam menentukan kebaikan
ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang makan sambil bersandar
sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.” Baginda
juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa.
·
Tidak Mencela Makanan
Rasulullah tidak pernah mencela makanan yang
tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela
makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”
·
Tidak Makan Ikan Dan Daging Dalam Masa Yang Sama (Hasil Darat Dan Hasil
Laut Diasingkan)
Contohnya jika seseorang
yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk
makan makanan laut seperti udang, ikan atau sotong. Walau bagaimanapun,
percampuran makanan ini ( antara makana darat dan makanan laut ) tidaklah
dianggap haram cuma ia boleh membahayakan kesihatan.
·
Tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan, daging atau ayam.
Baginda pernah melarang para sahabat dan umat
manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan
mudah mendapat penyakit.
Para saintis juga telah membuat kajian dan
menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala
dalam makanan laut mempunyai ion negatif. Jika kedua-dua jenis makanan ini
bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh
sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak.
·
Jangan Makan Buah Beserta Susu
Dalam erti kata lain – Koktel. Namun, para
saintis telah menemui bahawa adalah baik untuk menikmati khasiat susu bersama
jus buah berkultur kerana jus susu kultur baik untuk memperbaiki
ketidakselesaan dan masalah penghadaman. Namun, pengguna perlu memilih jenis
susu kultur yang kurang kadar kemasaman kerana kemasaman boleh menghakis perut
melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh mnyebabkan gastrik.
·
Tidak Meninggalkan Makan Malam
Rasulullah melarang umatnya untuk meninggalkan
makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malam. Dia akan dimamah usia
dan tahap kolestrol dalam darah akan meningkat. Makan malam adalah sebelum Maghrib.
Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari
tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat.
Mulakanlah
sekarang!
No comments :
Post a Comment