Teringat suatu masa dahulu ketika penulis mula mengenali alam persekolahan. Hari pertama di sekolah sukar dilupakan.. Ibu menjadi peneman dari pagi hingga waktu rehat. Yang seronoknya dapat beg baru, pensel, pemadam, buku tulis dan juga baju sekolah yang baru keluar dari plastik. Tak lupa uga kawan-kawan baru..He he :-)
Pagi-pagi lagi ibu kejutkan dari tidur, disuruh penulis mandi.. hmmm tau jer la pagi-pagi air sejuk, setengah jam kemudian baru keluar dari bilik mandi sambil bertuala."sejuk..sejuk.." . Selepas mengenakan baju sekolah dan berseluar pendek. Ibu penulis akan menyikat rambut dengan krim rambut Brylcreem
sampai rambut berkilat. Selepas itu ibu siapkan sarapan serta bekalan untuk dibawa ke sekolah.
Dengan basikal penulis dibawa ke sekolah. Pada hari itu, ibu-ibu semua akan tunggu berdiri di pintu kelas anak masing-masing. Macam-macam gelagat dapat dilihat.. ada yang nak balik rumah, ada yang menangis tapi bagi penulis yang sudah bertadika tidak menjadi masalah. Tapi sekarang ibu telah meninggal lebih 5 tahun yang lalu. Hari- hari adalah hari Ibu bagi penulis. Hanya doa untuk Ibu dan bapa yang dipanjatkan untuk roh mereka agar dicucuri rahmat.
Marilah kita berdoa bersama - sama untuk Ibu khasnya dan juga ayah yang tersayang.
SELAMAT HARI IBU
No comments :
Post a Comment