Hadas Besar terjadi atas dua sebab berikut:-
2) Datang Haid atau Nifas
1.Seorang itu dikatakan berjunub dengan dua sebab:-
(a) Kerana bersetubuh dengan pasangan anda (suami atau isteri) sama ada keluar mani atau tidak ketika berlaku persetubuhan itu. Walaupun persetubuhan iaitu hanya masuknya zakar ke dalam faraj, maka dianggaplah seseorang itu berjunub sekalipun tidak keluar mani. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan (kemaluan), maka wajiblah mandi”. Dalam satu riwayat disebutkan; “…sekalipun tidak keluar mani”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.).
(b) Keluarnya mani dari kemaluan sama ada dengan sengaja (menggunakan dengan tangan atau berkhayal) atau tidak sengaja (seperti ketika bermimpi). Orang yang keluar mani dari kemaluannya ia dianggap berjunub dan wajib mandi berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; “Air (yakni mandi) adalah dari kerana air (yakni dari kerana keluar mani)” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.). Ummu Salamah r.a. telah menceritakan; “Pernah Ummu Sulaim datang dan bertanya kepada Nabi s.a.w.; ‘Adakah seorang perempuan wajib mandi jika ia bermimpi?’. Jawab Nabi s.a.w.; ‘Ya, jika ia melihat air (yakni air mani)’’ (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
2. Kerana wanita yang kedatangan haid dan nifas
Wanita yang kedatangan haid dan nifas adalah dalam berhadas besar dan wajib mandi apabila kering darahnya sebelum ia diharuskan menunaikan solat dan bersetubuh dengan suaminya. Ini berdalilkan ayat al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 222) dan hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah bin Hubaiysh r.a. menghadapi masalah istihadhah. Lalu Rasululah s.a.w. berkata kepadanya; ‘Bila datang haid, tinggallah solat dan apabila ia berlalu (yakni tempoh haid kamu tamat), maka mandilah dan tunaikanlah solat” (Riwayat Imam al-Bukhari). Walaupun ayat dan hadis hanya menyebut tentang haid, namun dikiaskan kepadanya nifas kerana bifas adalah haid yang berkumpul. Telah ijmak para ulamak bahawa wanita yang nifas adalah umpama wanita yang haid dalam segenap hukum-hakamnya.
sumber alongacet.blogspot.com